Hasil kreatif : GenHanazawa - part 5

posted in forum cari rumah Asmaraliya on 25 May 2011




cinta Asmara & Zaliya - bukan cinta biasa..



Part5

Malam pada hari yang sama…
Asmara; Nek..esok Asmara dan Zaliya nak balik KL dah. (sambil menyuapkan bubur ke mulut Adam.)
Nenek; (Nada sedih)..Adam macam mana?
Zaliya; Asmara boleh x saya bawak nenek dgn Adam balik KL
Asmara; Awakk. Awak nak duduk mana.? Nanti papa awak tahu macam mana?
Zaliya; Hmm saya tinggal kat rumah flat kita yg dulu boleh. ?Papa x kan tahu Adam ada dekat situ.Dah lama kan? Susah la awak biarkan nenek sorg2 jaga Adam.
Asmara; Tapi Zal. Rumah tu mesti org lain dah sewa. Ok xpe nanti dah sampai KL saya cari rumah baru.
Zaliya; Asmara…(menelan air liur) Sebenarnya..saya dah beli rumah lama kita tu.
Asmara; (terkejut).Haaa? Awak beli? Tapi…
Zaliya; Awak. Rumah tu bermakna buat saya,wakk..Awak jgn risau. Pasal papa nanti saya selesaikan. Ok? Nek,nek nak tinggal dengan Zal x?
Nenek; Asalkan Adam ada mana2 pun nenek x kisah Zal.(tersenyum, dia bahagia melihat Asmara bersama Zaliya.Walaupun M juga isteri Asmara tetapi hati tuanya sedikit tersentuh kerana sejak berkahwin jarang sekali M bertanyakan khabarnya. Selaku org yg membesarkan Asmara dia dapat melihat cahaya bahagia terpancar di wajah Asmara)
Asmara; (Masih x sangka bahawa Zaliya sanggup membeli rumah buruk itu,kerana dia masih teringat air mata isterinya dulu jatuh ketika pertama kali dia membawa Zal ke rumah itu.Asmara x terkata,sungguh dia terharu).Awakk…
Adam; Paa..pa.(tangan si kecil itu memegang tangannya,meminta Asmara menyuapkannya lagi)
Asmara; Alala kesian anak papa.Sory sayang…(disuapkan Adam)
Zaliya; (tersenyum dan menghampiri Asmara dan Adam). Huh? Papa x nak bagi Adam makan ye? (kepala Adam diusapnya)
Asmara; Hish mama ni jeles lah tu. Nak papa suapkan jugak ke? Meh sini saya suapkan.(ketawa)
Zaliya; Asmara. Malulah dengan nenek.
Nenek hanya mampu tersenyum. Bahagia dia melihat pasangan ini. Namun hatinya masih risau. Risau hari esok yg akan tiba. Risau jika rahsia ini diketahui M.
Zaliya; Awakk(sambil mengusap Adam,matanya mula berkaca)..Saya rasa kalau betul2 lah saya ditakdirkan mati dulu,saya x kan risau sebab saya tahu awak akan jaga Adam kan?
Asmara; Sayang..kenapa cakap macam tu? (matanya sayu memandang nenek.Hanya nenek sahaja yg faham bagaimana menderitanya dia saat kehilangan Zaliya)
Nenek mengesat air mata yg tanpa disedari mengalir.
Setelah Adam tidur bersama nenek..
Asmara; Zal jom duduk kat luar kejap.
Zaliya menuruti kehendak suaminya itu..
Zaliya; Wahh banyak nya bintang.( Mereke duduk di halaman rumah)
Asmara; Banyak kan. Cantik.. sayang esok kita dah nak balik.
Zaliya.; Hmm (dia tidak mampu berkata apa2)
Asmara; Saya harap walau apa pun berlaku awak jangan tinggalkan saya ok?
Zaliya; Saya x janji untuk faham semua situasi ni awak. Situasi dimana saya harus hidup bermadu. Situasi dimana kasih awak bukan pada saya seorg.(suara sedih)..Tapi saya janji saya x kan tinggalkan awak.
Asmara; Terima kasih awak..(Tiba2 Asmara nyanyi lagu Kau Ilhamku.)..”beribu bintang di langit kini menghilang,meraba aku dalam kelam..”
Zaliya; Asmara..kenapa tiba2 nyanyi ni?nanti hujan la.(dia ketawa.Pertama kali mendengar Asmara bernyanyi)
Asmara; Awak nak ckp suara saya mcm katak ye? Ehhh Zal! Katak kat sebelah awak!!
Zaliya; Aaaaa! (terus bangun dari tempat duduknya-muka Zaliya cemas.)
(Diiringi lagu Hingga Akhir Waktu-Muzzy)
Asmara; HAHAHAHA. (Asmara ketawa sepuas2nya,sudah lama dia tidak ketawa sebitu).Saya gurau jelahh wakk.(memori katak di rumah flat itu sama2 diimbau -mereka ketawa bersama)
Zaliya; Asmaraaaa!(duduk kembali dan digenggamnya tangan Asmara). Saya x risau dgn semua ni kalau awak ada dengan saya.
Asmara;(tersenyum dan membalas genggaman tanganZaliya).Ok.X kira saya nak nyanyi jugak utk awak.(disambung nyanyiannya tadi)” Rembulan mengambang kini makin suram,pudar ilhamku tanpa arah..Sedetik wajahmu muncul dalam diam,ada kerdipan ada suram…..”
Zaliya melabuhkan kepalanya ke bahu Asmara..Dia bahagia.
Selesai Asmara bernyanyi.
Asmara; Sedapkan saya nyanyi.(Menoleh ke bahunya)..opss..dah tidur.
Asmara tersenyum melihat Zaliya. Memang sejak dari dulu wajah Zaliya sungguh cantik bila sedang tidur. Sejak dari awal perkahwinan mereka,Asmara suka memerhatikan wajah Zaliya ketika sedang tidur walau ketika itu mereka selalu bertengkar. (ohh rindunya aku kat Asmara 1).Perlahan Asmara mendukung Zaliya naik ke rumah. Dibawa isterinya ke bilik.
Setelah selesai mengunci pintu rumah Asmara kembali ke kamar. Dia berbaring disebelah Zaliya. Diperhatikan wajah Zaliya. Terasa semua bebanan dalam benak fikirannya memikirkan esok dia harus berjauhan dengan wanita ini berkurangan.Dan kemudian Asmara terus terlena..


-Hari2 indah mereka sudah berakhir.
-Masih ada lagikah keindahan itu?


ps; goodbye Asmara!

No comments:

Real Time Analytics